Ikuti Kami:

“Nak Pergi Seoul Pun Tak Boleh..” – Jeon Somin Kongsi Kisah Dibesarkan Dalam Keluarga ‘Strict’

“Nak Pergi Seoul Pun Tak Boleh..” – Jeon Somin Kongsi Kisah Dibesarkan Dalam Keluarga ‘Strict’

Bukan sahaja seorang pelakon berbakat malahan Jeon So-min turut dikenali dek jenakanya dalam rancangan hiburan.

Terbaru, Jeon So-min, Jo Se-ho dan Lee Mi-joo telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube Yoo Jae-suk “Pinggyego”, di mana mereka ada berborak mengenai pelbagai topik.

Dalam siaran itu, Jeon So-min ada bercerita mengenai zaman persekolahannya yang lalu. Dia berkata pada awalnya,

Semasa saya di sekolah, saya tidak mempunyai ramai kawan. Saya bergaul hanya dengan seorang atau dua pelajar.

Jeon So-min yang tinggal di Gyeonggi-do turut berkongsi betapa tegasnya ibunya ketika zaman sekolah menengah dahulu,

Saya mula menaiki kereta api bawah tanah ketika saya berada di tahun ketiga sekolah menengah. Ibu saya memutuskan untuk menghantar saya ke sekolah yang berhampiran dengan rumah di mana saya boleh berjalan kaki.

Sambungnya lagi,

Saya tidak boleh pergi ke Seoul atau pusat bandar. Ia sangat tertekan. Jadi saya terkejut apabila saya mula-mula pergi ke stesen Sinsa ketika berada di tahun senior sekolah menengah. Itu adalah kali pertama saya pergi ke tempat yang begitu popular.

Biasalah tu, ada sebab kenapa ibu bapa didik macam tu kat anak mereka kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...