Ikuti Kami:

Dari Pelakon, Pengarang & Penghibur, Kenali Kehidupan Selebriti Berusia 37 Tahun Jeon Somin

Dari Pelakon, Pengarang & Penghibur, Kenali Kehidupan Selebriti Berusia 37 Tahun Jeon Somin

Aktif sebagai ahli “Running Man” kini, pasti ramai yang kenal dengan selebriti yang  bernama Jeon So-min.

Untuk pengetahuan, pada 7 April hari ini, Jeon So-min telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 tahun.

Sempena meraikan hari istimewa selebriti kesayangan ramai itu, KimchiDaily ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai latar belakar Jeon So-min, dari kehidupan peribadi dan perkembangan kerjayanya.

jeon somin

Biodata Jeon Somin

Jeon So-min dilahirkan pada 7 April 1986 di Wilayah Goyang Gyeonggi, Korea Selatan, mencecah usia 37 tahun pada 2023 ini. Dia dibesarkan bersama adik lelakinya Jeon Wook-min dan sangat rapat dengannya.

Menurut Namu Wiki, pelakon itu mempunyai ketinggian 169CM dengan berat 54KG.

Untuk pengetahuan, Jeon So-min memang ingin menjadi seorang pelakon dari usia muda lagi dan dia juga telah mendapat ijazah dalam bidang Penyiaran dan Hiburan dari Universiti Wanita Dongduk. Dia seorang pelajar yang bijak dan sering terlibat secara aktif dalam program universitinya.

jeon somin

Perkembangan kerjaya 

Jeon So-min bermula dalam industri hiburan pada tahun 2004 dengan sitkom “Miracle”. Pada tahun yang sama, pelakon wanita itu juga membintangi drama “Father of the Ocean”.

Kemudian pada 2006, dia membuat debutnya di skrin besar apabila muncul dalam filem berjudul “Cinderella”. Bagaimanapun, dia kurang mendapat perhatian untuk wataknya.

Untuk tahun-tahun yang seterusnya, Jeon So-min terus menemui penonton dalam pelbagai karya seperti “East of Eden”, “Joseon X-Files: Secret Book”, “Babyfaced Beauty” dan banyak lagi. Tuah Jeon So-min nampaknya terletak pada drama “Princess Aurora” yang ditayangkan pada 2013, apabila dia telah berjaya membawa pulang ‘Anugerah Pelakon Wanita Baru Terbaik’ di MBC.

Bukan sahaja berbakat dalam lakonan malahan, Jeon So-min turut mempunyai kemahiran dalam penulisan. Apa yang menakjubkan, dia juga telah melancarkan bukunya sendiri bertajuk “You Can Call Me After a Drink” pada Januari 2020, berkisar tentang pemikirannya yang jujur ​​dan realistik tentang cinta, kesunyian dan kehidupan secara umum.

jeon somin variety show

Aktif dalam rancangan hiburan

Pada tahun 2017, Jeon So-min telah tampil sebagai tetamu dalam pelbagai rancangan hiburan seperti “Happy Together 3”, “Witch Hunt” dan termasuklah “Running Man”.

Pada tahun yang sama, dia telah menyertai program “Running Man” sebagai ahli tetap dan semakin mendapat perhatian ramai sejak itu.

Kemudian pada 2020 hingga 2021, wanita itu turut menjadi ahli tetap untuk rancangan “Sixth Sense” bersama-sama Yoo Jae-suk, Jessi, Lee Sang-yeop dan ramai lagi.

Terbaru pada 2022 yang lalu, Jeon So-min sekali lagi bekerjasama dengan Yoo Jae-suk, dengan mengacarakan program dating berjudul “Skip”.

jeon somin awards

Anugerah yang dimenangi 

Berkat lakonannya yang serba boleh, Jeon So-min telah berjaya merangkul anugerah seperti ‘Pelakon Wanita Terbaik Drama Khas’ dengan wataknya sebagai Hee-soo dalam “Hee-soo”, ‘Anugerah Kecemerlangan’ untuk persembahannya dalam “Show Window: The Queen’s House” dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, dengan kemahirannya sebagai seorang penghibur dalam “Running Man”, pelakon wanita itu turut membawa pulang ‘Anugerah Pasangan Terbaik’ bersama Lee Kwang-soo pada 2017 dan 2018, ‘Anugerah Rookie’, ‘Penghibur Terbaik’ dan banyak lagi.

Kisah cintanya

Pada April 2015, Jeon So-min juga telah menjalinkan hubungan mesra dengan pelakon Yoon Hyun-min tetapi berpisah pada Januari 2016.

Pada September 2022 yang lalu, dia juga pernah berkongsi dalam “Running Man” bahawa dia sudah tidak bercinta untuk 5 tahun.

jeon somin

Semoga terus maju jaya Jeon So-min!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...