Ikuti Kami:

“Nak Muntah” – Beza 30 Tahun, Percintaan & Babak Intim Nenek & Lelaki Muda Dalam K-Drama Ini Dikritik

“Nak Muntah” – Beza 30 Tahun, Percintaan & Babak Intim Nenek & Lelaki Muda Dalam K-Drama Ini Dikritik

Seperti biasa, dalam lambakan K-Drama yang membawa tema mengagumkan pastinya ada yang turut menerima kritikan ramai.

Sebelum ini, “Durian’s Affair” menjadi bualan ramai kerana menampilkan pelbagai babak tak konvensional seperti kasih menantu wanita pada ibu mertua, hubungan terlarang antara hamba dan wanita bangsawan serta pelbagai lagi.

Dalam beberapa episod kebelakangan ini, drama tersebut kembali tular apabila menampilkan hubungan cinta antara wanita berusia 60-an dan 30-an. Tidak mampu menanggung rasa cinta, malah kedua watak itu iaitu Choi Myung-il dan Joo-nam turut berkahwin tanpa pengetahuan keluarga masing-masing.

Apa yang menjadi bualan penonton ialah apabila kedua-dua watak ini tidak kisah memaparkan babak intim seperti ciuman serta meluangkan masa bersama pada malam hari bagi membuktikan cinta antara mereka.

durian's affair

Komen penonton,

Nak muntah terbayang imaginasi romantik penulis.

 

Saya asyik terfikir kenapa drama sebegini dihasilkan, rasa nak muntah.

 

Kagum dengan mental pelakon.

 

Ekstrem betul kerja pelakon.

 

Para lelaki pastinya membenci drama ini.

Bagi yang tidak mengetahui, “Durian’s Affair” membawa kisah melodrama fantasi di mana dua orang wanita dari kehidupan lampau muncul secara tak sengaja di rumah keluarga kaya Dan. Setakat ini, drama ini sudah pun berjaya mencapai rating yang tinggi iaitu 6.4% kini.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...