Ikuti Kami:

“Ibu Mentua Suruh Menantu Tiduri Lelaki Lain, Menantu Wanita Suka Ibu Mentua” – K-Drama Ini Dikecam

“Ibu Mentua Suruh Menantu Tiduri Lelaki Lain, Menantu Wanita Suka Ibu Mentua” – K-Drama Ini Dikecam

Mungkin kerana telalu banyak K-Drama yang dihasilkan, ada penulis yang cuba menonjolkan idea unik dan segar hingga menggarap plot yang mungkin sukar diterima ramai.

Terbaru, penulis Im Sung-han yang dikenali kerana sering menulis skrip di ‘luar kotak’ telah menimbulkan sensasi apabila memaparkan plot tidak disangka dalam episod awal ‘Durian’s Affairs”.

Dari tayangan perdana lagi, terdapat babak di mana si menantu, Jang Se-mi secara tiba-tiba meluahkan perasaan buat ibu mentuanya, Baek Do-yi, “Saya sayang ibu sebagai seorang wanita”. Walaupun ditempik oleh wanita tua itu dengan disaksikan ahli keluarga lain, penulis Im Sung-han sepertinya mahu memberikan impak ‘norma’ hubungan sesama sejenis dengan lebih dramatik apabila bermain perasaan antara keluarga.

durian's affairs

Bukan itu sahaja, tayangan itu disambung dengan plot watak utama iaitu Du Ri-an (Park Joo-mi) yang berlatarbelakangkan masa di dinasti Joseon. Lebih mengejutkan apabila Baek Do-yi merupakan ibu mertua wanita itu pada ketika itu dan mempunyai anak lelaki yang sakit dan tidak dapat menjalankan tugas sebagai suami dengan baik.

Bagi melaksanakan permintaan untuk mendapatkan pewaris, si ibu mertua ini telah meletakkan menantu Du Ri-an di dalam bilik bersama-sama seorang hamba, Dol-soe (Kim Min-jun). Malah dia memerhatikan sahaja dari celahan pintu bagi memastikan pelan ini berjaya. Selepas itu, Dol-soe dibunuh Bae Do-yi sesudah hajatnya tercapai.

Tak lama kemudian, Du Ri-an melahirkan seorang anak dan suaminya mati kerana gering. Anak lelaki itu, Eon kemudiannya membesar dan bertemu cinta sejatinya, So-jeo. Walau bagaimanapun, si anak itu juga tidak hidup lama dan meninggalkan So-jeo sebagai janda.

durian's affair

Du Ri-an yang kehilangan anak dan So-jeo yang kematian suami meratap dan tanpa sengaja memasuki tahun 2023. Di situ, wanita itu terkesima apabila dia bertemu dengan lelaki yang seiras Dol-soe. Berpusing-pusing kan cerita ini?

Komen penonton,

Wah, gila ke.

 

Apa ni..

 

Semestinya dari Im Sung-han.

 

Awalnya saya macam ‘apa ni’.. tapi macam ingin tahu sedikit.

 

Pening tengok plot.

 

Saya teringin nak tahu apa yang bermain di fikiran penulis.

 

Pelakon pun agaknya nak tergelak tengok skrip.

Bukan itu sahaja, ada yang menyerang laman stesen penyiaran TV Chosun kerana menyiarkan drama yang mengangkat tema homoseksualiti selain mengecam plot ‘mengarut’ tersebut.

Saya jelek melihat TV Chosun menayangkan drama jijik ini.

Boleh tahan pening ya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...