Lee Sung-kyung telah berkongsi pengalamannya berlakon dalam drama “Dr. Romantic 3”.
Baru-baru ini, Lee Sung-kyung telah membuat penampilan sebagai tetamu di dalam rancangan Suchwita milik Suga BTS. Di mana pelakon tersebut telah menceritakan pengalaman berlakon di dalam drama “Dr. Romantic 3”.
Dia berkata,
Proses penggambaran drama itu ambil masa setahun jadi saya rasa sangat pelik bila ianya (penggambaran) dah habis. Sepanjang tempoh setahun tersebut, saya rasa yang saya tidak mempunyai sebarang kehidupan.
Tambahnya,
Kami habiskan masa sebanyak 15 jam sehari untuk melakukan penggambaran dan dalam tempoh itu, kami hanya diberikan masa berehat sebanyak 2 jam sahaja sampai nak pergi tandas pun tak sempat.
Adunya lagi,
Dalam drama itu, mereka sunting babak pembedahan untuk buat ianya kelihatan seperti babak yang berbeza. Tapi, kami sebenarnya rakam kesemua babak pembedahan tersebut di hari yang sama.
Malah, pelakon membawa watak sebagai Cha Eun-jae itu turut mendedahkan bahawa babak pembedahan yang dilakukan oleh mereka tersebut merupakan babak yang paling susah untuk dilakonkan di dalam drama itu.
Siapa peminat drama “Dr. Romantic 3” dekat sini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.