“Nak Kahwin Minggu Depan Pun Boleh” – Dawn Dedah Pelan Untuk Kahwin Dengan Hyuna
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Sudah 7 tahun bercinta, Dawn akhirnya telah berkongsi rancangannya untuk berkahwin dengan Hyun-a.
Artikel Berkaitan
Pada episod terbaru MBC “Radio Star”, Dawn telah hadir sebagai tetamu. Khususnya, rancangan Dawn untuk berkahwin dengan Hyun-a yang didedahkan dalam episod itu telah menarik perhatian ramai.
Sebelum ini, Dawn dan Hyun-a menjadi bualan ramai apabila pasangan itu mengumumkan tentang pertunangan mereka dengan menyiarkan gambar cincin unik yang direka sendiri oleh Dawn. Apabila MC bertanya kepada Dawn,
Adakah kamu telah menetapkan tarikh untuk perkahwinan kamu?

Dawn menjawab,
Kami belum menetapkan tarikh. Tetapi kami sentiasa ada hati untuk berkahwin. Jenis personaliti kami ialah kami boleh berkahwin minggu depan jika kami mahu.
Selepas mendengar respon idola itu, empat MC “Radio Star” mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada Dawn atas perkahwinannya.
Wah, sama-sama kita nantikan hari gembira itu!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




