Ikuti Kami:

Dah 7 Tahun Bercinta, Dawn Kongsi Ada Rasa Hormat Pada Hyuna Sebab ‘Ini’

Dah 7 Tahun Bercinta, Dawn Kongsi Ada Rasa Hormat Pada Hyuna Sebab ‘Ini’

Sudah 7 tahun bersama, hubungan pasangan manis Hyun-a dan Dawn masih kekal utuh seperti biasa.

Baru-baru ini, Dawn telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Harper’s Bazaar bagi mempromosikan single terbarunya “Stupid Cool”.

Kemudian, Dawn turut berkongsi bahawa Hyun-a ialah jurugambar yang mengambil foto muka depan bagi single “Stupid Cool”. Menurut Dawn,

Sama ada Hyun-a teman wanita saya atau tidak, saya sangat menghormatinya. Dia terkenal dalam bidang seni visual. Saya mendapat banyak bantuan daripadanya mengenai warna yang digunakan dan pakaian yang hendak dipakai.

dawn stupid cool

Tambahnya lagi,

Untuk single ini, Hyun-a menggunakan kamera digitalnya sendiri untuk mengambil gambar saya. Sebaik sahaja saya melihat gambar yang dia ambil, saya seperti, ‘Wah, saya suka.’ Saya dapat tahu itulah cara Hyun-a melihat saya.

Untuk pengetahuan, Hyun-a dan Dawn mula mengenali antara satu sama lain sejak 2014 ketika mereka bernaung di bawah Cube Entertainment, dan mula bercinta pada 2016.

Semoga pasangan ini akan berkekalan selamanya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...