Sudah beberapa hari berlalu, namun masih ramai yang bersembang mengenai pemenang Anugerah Utama di ‘2022 SBS Entertainment Awards’.
Walaupun banyak nama yang disebut, anugerah tersebut berjaya direbut oleh Yoo Jae-suk yang turut nyata terkejut dengan kemenangan itu. Malah lelaki itu sempat memohon maaf terhadap calon lain seperti Ji Suk-jin, Tak Jae-hoon, Lee Sang-min dan lain-lain dek pengumuman tak dijangka itu.
Terbaru, Tak Jae-hoon telah berkongsi perasaan mengenai Anugerah Utama ‘2022 SBS Entertainment Awards’,
Bukankah ianya satu pertandingan? Ianya merupakan satu acara untuk menyampaikan penghargaan oleh SBS jadi ia adalah bermakna, tak kira siapa menang.
Tambahnya,
Suk-jin hyung sudah lama aktif tapi tak pernah memenanginya, jadi saya mahu dia mendapatnya. Lee Sang-min pun bekerja keras, jadi saya mahu dia menang juga. Kalau Suk-jin atau Sang-min menang, saya merasakan ia sangat bermakna. Sangat membanggakan.
Jelas Tak Jae-hoon lagi, mereka tidak menyimpan perasaan mengenai keputusan tersebut,
Tiada masalah pun antara kami. Disebabkan ia anugerah program hiburan, kita perlu mereka suasana yang menyeronokkan. Tak kisah siapa yang dapat, ianya menggembirakan. Tiada sebab untuk serius sahaja.
Dalam pada itu, Tak Jae-hoon berjaya memenangi ‘Anugerah Produser’ semasa ‘2022 SBS Entertainment Awards’.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.