Meskipun sibuk dengan kerja dan menjaga keluarga, Son Ye-jin tetap mencari masa untuk dirinya sendiri.
Terbaru, Son Ye-jin telah memuat naik satu video di Instagram Story, ketika dia sedang gigih bersenam di gim. Tulisnya,
Saya bekerja keras untuk bersenam dan penggambaran, dan saya melakukannya dengan baik. Saya harap awak semua juga sihat.
YEJINHAND UPDATE AFTER 2 MONTHS pic.twitter.com/1NnxuWS0yH
— son yejin (@sonyejinpics) September 9, 2024
Selepas melihat video yang dikongsi, netizen rata-rata kagum dengan badan wanita itu yang tegap dan berotot, serta mengagumi rutin kecergasannya walaupun dah mencecah usia 40 tahun kini.
Komen netizen,
- Saya pun nak jadi macam dia bila dah 40 tahun nanti.
- Hot nya!
- Seksinya isteri Hyunbin ni.
Fuhh!