Antara kunci kebahagiaan pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin adalah sentiasa memberikan sokongan pada satu sama lain.
Baru-baru ini, Hyunbin telah terbang ke Toronto, Kanada, untuk tayangan perdana filem barunya “Harbin” di ‘Toronto International Film Festival 2024’.
Ketika sesi temu bual di acara itu, lelaki tersebut turut berkongsi sokongan yang diterimanya dari isteri tercinta, Son Ye-jin, untuk naskhah berkenaan,
Kami mempunyai pekerjaan yang sama dan dia juga seorang pelakon, jadi dia sangat memahami saya.
Q. How did #SonYejin support you?
: Just the fact that we have the same job, she’s also an actor so she’s really understanding and I’m very thankful for that. I think she supported me in all ways. ☺️❤️#HYUNBIN #현빈 #HARBIN #하얼빈 #TIFF24 pic.twitter.com/vZlVvpFVZi— (@taepyvng) September 9, 2024
Luah Hyunbin lagi,
Saya sangat berterima kasih untuk itu. Dia ada untuk saya pun adalah sokongan paling besar.
Sementara itu, filem “Harbin” turut dibintangi Lee Dong-wook, Jeon Yeo-been dan ramai lagi, akan menemui penonton di pawagam pada Disember nanti.
So sweet diorang ni!