Seperti dijangka dari Im Ji-yeon, wanita itu pastinya akan membawa kelainan dalam setiap naskhah lakonannya.
Dalam episod pertama “The Killing Vote”, wanita itu yang membawa watak ketua penyiasatan siber Ju-hyun telah berubah sebagai BJ (broadcast jockey) internet bagi menangkap penjenayah atas talian.
Menyarungkan rambut palsu berwarna ungu cair, wanita itu menari dengan kekok mengikut irama ‘Zero Two’. Ju-hyun kemudiannya cuba menarik perhatian penonton strim itu dengan menyebut mengenai lokasinya malah bertindak provokatif dengan cuba mengusik untuk membuka bajunya,
Nak buka ke tak, tunjuk ke tak?
Ini kerana ugutan yang diterima oleh penonton strim itu,
Siap lah perempuan ini, aku akan buka semuanya bila sampai sana.
Dengan tindakan pantas rakan sekerja Kim Moo-chan (Park Hae-jin), mereka berjaya mengesan segala operasi di laman itu dan bakal menjatuhkan hukuman buat semua yang meninggalkan komen buruk ketika siaran langsung itu.
Bagi yang tidak mengetahui, “The Killing Vote” merupakan adaptasi daripada siri popular webtoon Kakao dan mengisahkan mengenai konsep undian hukuman mati terhadap penjenayah ganas yang telah berjaya melarikan diri daripada undang-undang.
Korang dah layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.