Pelakon yang sudah berjaya sekarang tak semestinya melalui jalan berbunga sejak dari awal penglibatan mereka dalam bidang seni.
Menerusi temubual bersama “You Quiz On The Block”, Im Ji-yeon yang menempa nama kini dek populariti “The Glory” dan “Lies Hidden In My Garden” telah berkongsi hati yang berkecamuk semasa di awal debutnya.
Untuk pengetahuan, pelakon wanita pertama kali berlakon dalam filem “Obsessed” di mana dia tampil provokatif sebagai jururawat yang menjalinkan hubungan tersorok dengan suami orang iaitu Song Seung-heon,
Ia merupakan peluang berharga buat saya pada ketika itu. Watak di dalam skrip itu sangat bagus hingga saya mahu mencabar diri sendiri dan pengarah juga sepertinya melihat semangat berkobar-kobar saya.
Pun begitu, Im Ji-yeon mengakui bahawa dia hanya berasa cemas selepas memulakan penggambaran,
Saya risaukan kedua ibu bapa kerana umur saya masih muda dan ia adalah filem dengan banyak babak seksual. Kerana dia seorang anak, dia risau sekiranya ibunya akan malu dan terluka.
Pun begitu, kerisauan itu terlerai apabila ibunya hadir dengan sokongan padu ketika tayangan perdana filem “Obsessed”,
Ibu saya datang dengan jambangan bunga dan mengatakan ‘Ji-yeon kami sangat cantik’. Sejak dari itu, ia menjadi sokongan terbesar yang membuatkan saya terus kuat sehingga kini.
Bukan itu sahaja, Im Ji-yeon turut mengakui bahawa dia menyimpan luka mendalam mengenai komen yang mengkritik lakonannya sebagai tidak bernyawa dan tak berkemahiran. Namun sokongan kedua ibu bapa membuatkan dia terus berdiri teguh hingga kini.
Bestnya ada ibu bapa supportive!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.