Ikuti Kami:

Nak Berfesyen Seperti Artis K-Pop? Ikuti 5 Laman Instagram Pempengaruh Korea Ini

Nak Berfesyen Seperti Artis K-Pop? Ikuti 5 Laman Instagram Pempengaruh Korea Ini

Pada zaman serba moden ini, ramai anak muda terutamanya sangat mementingkan penampilan diri.

Mesti ada di antara korang yang suka dengan cara pemakaian selebriti Korea kan? Jadi kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 akaun Instagram pempengaruh Korea, yang boleh dijadikan panduan untuk korang terus berfesyen.

Jung Jiwoo (@mejiwoo103)

Jung Ji-woo merupakan kakak kepada penyanyi kumpulan K-Pop popular, BTS iaitu J-Hope. Jung Ji-woo merupakan Ketua Pegawai Eksekutif jenama cermin mata ‘FUN THE MENTAL’ dan jenama pakaian ‘MEJIWOO’. Kebanyakan cara pemakaiannya di Instagram nampak sangat selesa, anggun dan mudah untuk digayakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 지우 (@mejiwoo103)

Irene Kim (@ireneisgood)

Salah seorang pengaruh fesyen Korea yang paling banyak diikuti, Irene Kim terkenal dengan gayanya yang edgy dan unik. Model Korea-Amerika yang juga merupakan blogger kecantikan dan fesyen, sentiasa membuat pengikutnya kagum setiap kali dia memuat naik gambar yang mempamerkan gaya ootd baharu.

Jang Sunghoon (@jsunghoon)

Bagi lelaki yang sangat meminati dan mementingkan fesyen harian, korang boleh mengikuti Jang Sung-hoon di laman Instagramnya. Dia sangat terkenal kerana memberikan sentuhan kasual pada pakaian formalnya. Penampilannya biasanya terdiri daripada baju longgar, seluar, sut dan jaket yang sesuai dengan caranya.

Kim Wonjoong (@keemwj)

Kim Won-joong mula terkenal selepas menjadi model lelaki Asia pertama yang berjalan di runway untuk jenama mewah Prada. Pengaruh fesyen Korea itu tidak pernah gagal untuk berkongsi penampilan pakaian jalanannya yang bergaya bersama pengikutnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @keemwj

Park Gyuri (@gyuri_pp)

Fesyen Park Gyu-ri agak mudah serta dia akan pastikan pemakaiannya sentiasa nampak feminin. Park Gyu-ri adalah salah seorang pempengaruh fesyen yang sering dilihat memuat naik gaya pemakaian yang sangat menarik di laman Instagram. Ramai pengikutnya suka dengan gaya Park Gyu-ri kerana di selalu menggabungkan unsur-unsur gaya jalanan dengan cara yang unik tetapi sangat cantik.

Suka la tengok orang cantik dan hensem ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...