Ikuti Kami:

Bukan Sekadar Idola K-Pop, 6 Artis Ini Dijadikan Sebagai Penanda Aras Fesyen Semasa

Bukan Sekadar Idola K-Pop, 6 Artis Ini Dijadikan Sebagai Penanda Aras Fesyen Semasa

Pemuda sekarang terutamanya remaja sangat mementingkan fesyen harian untuk meningkatkan keyakinan diri.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan beberapa artis yang dijadikan sebagai contoh untuk mereka berfesyen.

G-Dragon 

Fesyen GDragon paling style

Semenjak muncul sebagai idola K-Pop, fesyen yang ditonjolkan oleh G-Dragon ataupun dikenali sebagai GD ini menarik perhatian ramai. Daripada gaya rambut sehinggalah kasut yang dipakainya akan menjadi bualan ramai.

Hwasa Mamamoo

Fesyen Hwasa Mamamoo paling style (1)

Hwasa MAMAMOO bukan sahaja digemari kerana vokalnya yang lantang, tetapi juga kerana fesyennya yang dikategorikan sangat berani. Jika dilihat melalui Instagram miliknya korang boleh melihat gayanya memakai gincu tebal bersama dengan baju berlapis-lapis dan seluar longgar, serta pakaian badan bercetak harimau yang ketat. Dia telah memberi inspirasi kepada semua orang untuk kekal konfiden dengan pakaian yang dipakai.

V BTS

Fesyen V BTS paling style

Dianggap sebagai salah seorang ikon gaya popular dalam dunia K-pop, V sangat pandai campur dan padan pakaian yang luar biasa namun kelihatan sangat bergaya. V tidak pernah takut untuk memakai apa sahaja yang dia mahu, walaupun dianggap berlebihan oleh orang lain.

Jennie BLACKPINK 

Fesyen Jennie BLACKPINK paling style

Jennie telah menyatakan cintanya pada fesyen tiada tandingan. Dia boleh melakukan pelbagai gaya antaranya santai dan seksi. Duta global untuk Chanel, Jennie telah menemui cara tersendiri untuk menggabungkan pakaian jalanan dengan haute couture dan tiada siapa dapat melakukannya sebaik Jennie.

Krystal Jung

Fesyen Krystal Jung paling style

Krystal Jung tidak dapat dinafikan antara yang popular di Korea Selatan dan bintang yang sering dipuji kerana penampilannya. Selalu dilihat menggayakan fesyen minimalis, Krystal Jung masih tetap nampak sangat bergaya.

Yeonjun TXT

Fesyen Yeonjun paling style

Fesyen yang digayakan oleh ahli TXT ini sangat up-to-date dengan keadaan semasa. Yeonjun dijadikan sebagai contoh yang baik untuk remaja lelaki menggayakan pakaian harian mereka. Fesyen Yeonjun kebanyakkannya campur dan padan untuk menampakkan pakaian lebih bergaya.

Boleh jadi ikon fesyen!!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...