Seorang peminat ‘sasaeng’ telah didapati berulang kali menceroboh privasi Jake ENHYPEN.
Baru-baru ini, peminat mendapati bahawa Jake sering diganggu oleh peminat ‘sasaeng’. Di mana, ‘sasaeng’ tersebut telah menaiki penerbangan yang sama dan duduk berdekatan dengan ahli ENHYPEN tersebut.
Malah, mereka juga dengan sengaja memuat naik gambar Jake yang sedang tidur tanpa sebarang penapisan.
Dalam masa yang sama, ini juga bukan pertama kali ‘sasaeng’ tersebut melakukan perbuatan sedemikian.
Sebelum ini, wanita-wanita yang berasal daripada Cina itu didapati telah menyiarkan gambar Jake yang diambil secara sembunyi di dalam sebuah pesawat dengan kapsyen,
Anak anjing yang tidur sepanjang penerbangan.
Ini sekaligus menunjukkan bahawa mereka telah memerhatikannya sepanjang perjalanan.
this one mf op kept on taking pictures of idols (esp jake) sleeping on plane. throw your phone u creepy weirdo! give the artists the privacy they deserve!
kindly report this on weibo and twt! her un’s @ ReALcHLoE_
and @BELIFTLAB @HYBEOFFICIALtwt CAN’T U PROTECT UR ARTISTS WTF pic.twitter.com/KwghMxBx4l
— j ; will see enha someday (@summerhypen) January 30, 2024
Kini, rata-rata peminat Jake dan ENHYPEN mengkritik perbuatan peminat fanatik itu serta menggesa agar agensi kumpulan tersebut untuk segera mengambil tindakan tegas bagi melindungi privasi Jake.
Seram betul kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.