Jake ENHYPEN telah mengakui kesilapannya dan tampil memohon maaf ke atas perlakuannya.
Pada 5 Januari yang lalu, Jake ENHYPEN telah membuat siaran langsung di aplikasi Weverse. Di mana, peminat mendapati bahawa penyanyi tersebut memegang cawan yang menunjukkan logo salah satu jenama diboikot iaitu Starbucks.
Sedar akan amaran peminat di ruangan komen, ahli ENHYPEN itu lantas berdiri dan menukar gelas yang berisi air tersebut kepada gelas yang lain.
clip of jake saying he won’t drink starbucks again. how do we feel abt this? honestly still expecting some sorta apology. pic.twitter.com/85hDlQNQzL
— srine ✿ (@srinejou) January 5, 2024
Namun, ENGENE (kelab peminat ENHYPEN) tetap meluahkan kekecewaan mereka terhadap tindakan Jake yang masih meminum minuman tersebut.
Dalam masa yang sama, salah seorang daripada peminat mereka turut membuat hantaran di aplikasi tersebut, menjelaskan mengenai isu yang melibatkan jenama Starbucks.
Jake yang menyedari akan hantaran tersebut kemudiannya telah tampil memohon maaf ke atas kesilapan yang dibuatnya.
Katanya di ruangan komen,
Terima kasih kerana memberitahu dan menegur saya. Saya dah buat kesilapan dan saya janji bahawa ianya tidak akan berlaku lagi.
Perkara ini telah menunjukkan keupayaan Jake untuk mengakui serta belajar dari kesilapannya.
Malah, dikala idola lain sedang hangat diperkatakan ramai kerana sikap acuh tak acuh mereka mengenai isu yang terjadi, Jake ENHYPEN telah dipuji kerana berani untuk menangani kontroversi serta tidak takut untuk bersuara mengenai isu yang melibatkan salah satu jenama air terbesar ini.
Harap selebriti lain dapat mencontohi Jake kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.