Ikuti Kami:

Naik Mendadak, ‘Running Man’ Catat Rating 6.3% Selepas Dihadiri SEVENTEEN

Naik Mendadak, ‘Running Man’ Catat Rating 6.3% Selepas Dihadiri SEVENTEEN

Rating “Running Man” menaik lagi?

Episod “Running Man” yang ditayangkan pada 22 Oktober yang lalu telah berjaya meraih tempat pertama di dalam segmen hiburan selepas ratingnya menaik sebanyak 0.7% berbanding episod yang lalu.

Malah, rating itu juga menaik sehingga menjadi 6.3% sehingga ke penghujung rancangan. Di mana ianya naik mendadak berbanding 5.2% yang dicatatkan pada episod yang lepas.

Di dalam episod tersebut, 3 ahli SEVENTEEN ataupun lebih dikenali sebagai unit BOOSEOKSOON yang dianggotai oleh Hoshi, DK dan Seung-kwan telah membuat penampilan dan bertanding di dalam permainan “Minority Of Heaven”.

bss runningman

Sepanjang permainan dijalankan, ahli “Running Man” serta BOOSEOKSOON telah keluar dan masuk ke dalam neraka dan syurga selepas membuat tiga pilihan.

Namun, jumlah kesemua peserta yang memilih syurga dan neraka adalah sama menyebabkan kesemua peserta mendapat hukuman penalti.

Sementara itu, di episod “Running Man” yang akan datang, ahli kumpulan OH MY GIRL iaitu Mimi bakal membuat kemunculan bersama dengan Mi-yeon daripada G-IDLE. Teaser tersebut telah membuatkan penonton menjadi teruja untuk melihat episod yang bakal ditayangkan.

Korang semua dah tonton ke belum episod “Running Man” yang sebelum ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...