Ikuti Kami:

Ada Hantu! 6 Episod ‘Running Man’ Tema Seram Ini Bikin Penonton Berdebar

Ada Hantu! 6 Episod ‘Running Man’ Tema Seram Ini Bikin Penonton Berdebar

“Running Man” bukan sahaja sangat terkenal dalam kalangan orang dewasa malah, kanak-kanak juga tahu akan kewujudan rancangan ini.

Ada beberapa episod “Running Man” tema seram tetapi tetap membuatkan penonton gelak tanpa henti.

Episod 98 (Perlumbaan zombi misteri)

Episod ini mengisahkan tentang ahli yang melakukan lawatan ke pulau tertentu. Selepas aktiviti menyalakan unggun api, pencarian harta karun bermula dan satu kejadian pelik berlaku di sekeliling mereka. Satu pendedahan yang menakjubkan menunjukkan bahawa salah seorang daripada mereka telah dijangkiti oleh zombi yang bersembunyi di kalangan mereka.

Pada ketika ini suasana menjadi seram namun, mengetahui ahli “Running Man” mereka tidak pernah lekang untuk membuat penonton gelak.

Episod 155 (Pasangan destiny) 

Episod ini menyerlahkan lagi bakat Bae Suzy, artis kesayangan orang Korea. Para ahli mengimbau kenangan semasa zaman persekolahan mereka. Mereka akan bertemu jodoh yang telah ditadkirkan pada ketika ini. Bagaimanapun, rancangan itu bertukar menjadi misteri apabila ia mendedahkan bahawa akan ada kematian dan hantu di antara cinta sekolah menengah mereka.

Episod 261 (Tolong cari saya!)

Kesinambungan dari episod Istimewa Ulang Tahun ke-5 “Running Man”, dengan tetamu termasuk semua vokalis terkenal pada tahun 1990-an. Selepas pelawat daripada episod ini pulang, program bermula dengan ujian kesetiaan yang menakutkan.

Semua ahli dibawa ke bangunan yang kelihatan menyeramkan untuk menyelesaikan beberapa tugasan, yang melibatkan dua orang ahli “Running Man” dan jurukamera. Masing-masing perlu mencari tanda nama mereka serta tanda nama jurukamera. Pada masa ini, ada hantu yang telah ditugaskan untuk menakutkan mereka semua supaya kerja-kerja mencari itu menjadi lambat.

Episod 277 (Selamatkan yang terselamat)

Episod ini berkisar tentang virus zombi yang telah merebak ke seluruh Korea Selatan. Kerajaan telah memutuskan untuk menghantar pasukan “Running Man” untuk mencari penawar sebagai harapan terakhir untuk pulihkan kembali negara.

Korang boleh menjangkakan episod ini akan penuh dengan jeritan kerana ia penuh dengan zombi yang kelihatan sangat menakutkan.

Episod 354 (Labyrinth of fear)

Labyrinth of Fear akan dialami oleh ahli yang ditetapkan di Jepun dan ia berdasarkan kesinambungan dari episod sebelumnya. Labyrinth of Fear yang dikatakan sebagai salah satu rumah berhantu terbesar dan terpanjang di dunia, hingga boleh menyebabkan pengunjung terkencing.

Hanya lapan ahli yang menyertai dan tiada tetamu dalam episod ini. Daripada enam lelaki dan dua wanita, dua lelaki terpaksa menjadi wanita. Semasa sedang berseronok, mereka tidak tahu bahawa dua di antara ahli adalah hantu. Serta untuk menang, mereka perlu bekerjasama mencari siapa hantu di kalangan mereka.

Episod mana paling best?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...