Ikuti Kami:

“Tapi Lebih Seronok” – Lee Kwangsoo Jawab Sebab Tolak Bekerja Dengan Pengarah ‘Running Man’

“Tapi Lebih Seronok” – Lee Kwangsoo Jawab Sebab Tolak Bekerja Dengan Pengarah ‘Running Man’

Siapa yang dah tak sabar mahu menonton program baru “Reap What You Sow”?

Dibintangi rakan baik iaitu Kim Woo-bin, Kim Ki-bang, Lee Kwang-soo dan Do Kyung-soo, ianya merupakan rancangan terbaru pengarah Na Young-seok di mana mereka perlu menjalani kehidupan di pinggiran kampung dan belajar menanam.

Dalam sidang media khas, pengarah tersebut mendedahkan bahawa Lee Kwang-soo merupakan penyumbang utama idea program ini. Kata pelakon itu,

Saya mencadangkan pada produser untuk melakukan sesuatu dan bolehkah kalau dia merealisasikannya, dan dia terus berkata ‘Jom’.

reap what you sow

Apabila ditanya mengapa dia memilih Na Young-seok meskipun rapat dengan bekas pengarah “Running Man” seperti Jo Hyo-jin, Choi Bo-pil dan Jung Chul-min, jawabnya,

Saya tak terfikir langsung akan ditanyakan soalan seperti ini.

Tambahnya,

Saya suka dan bersyukur kerana mendapat peluang sebegini dek bantuan Jo Hyo-jin, Choi Bo-pil dan jung Chul-min. Saya tahu apa yang boleh menjadi titik hiburan dan saya tahu apa yang dimahukan setiap pengarah. Tapi saya rasakan lebih seronok sekiranya dapat menyampaikan sesuatu yang baru dengan rakan baru.

Ubah angin la tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...