Lim Yoon-a telah menunjukkan kesetiaannya dengan hadir di konsert solo Lee Jun-ho.
Pada 14 Januari, Lee Jun-ho telah mengadakan konsert solo “The Day We Meet Again” di Seoul, Korea.
Namun, sebelum konsert itu dimulakan, suasana di situ menjadi kecoh dan segala perhatian peminat tertumpu di tingkat dua stadium tersebut.
Di mana, hampir kesemua pelakon “King The Land” iaitu Yoon-A, Ahn Se-ha, Kim Jae-won, dan Go Won-hee telah tampil dan duduk di kerusi penonton sekaligus menyebabkan orang ramai mengambil gambar mereka.
Rata-rata peminat teruja melihat kehadiran Yoon-a, terutamanya kerana keserasian Lee Jun-ho dan Yoon-a telah menjadi topik hangat selepas drama itu dapat meraih populariti yang luar biasa di dalam serta luar Korea.
Dalam masa yang sama, khabar angin tentang hubungan romantik di antara mereka juga telah tercetus ketika drama itu masih ditayangkan.
Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak telah menafikan khabar angin tersebut dan mengesahkan bahawa mereka hanya berkawan baik.
Selain persahabatannya yang lama bersama Yoon-a, Lee Jun-ho juga telah mengagumkan ramai orang dengan hubungan rapatnya dengan pelakon “King The Land”.
Berikutan dengan ini, peminat lebih teruja untuk menantikan persembahan Lee Jun-ho pada konsert solo pertamanya dalam tempoh lima tahun.
Ada harapan untuk dapat “King The Land” musim kedua ke ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.