Ikuti Kami:

‘Gangguan’ Comel, Interaksi Yoona & Taemin SHINee Di Acara Anugerah Raih Perhatian Ramai

‘Gangguan’ Comel, Interaksi Yoona & Taemin SHINee Di Acara Anugerah Raih Perhatian Ramai

Interaksi comel di antara Yoon-a dan Tae-min SHINee telah tular di media sosial.

Baru-baru ini, Yoon-a telah menjadi hos bagi acara MBC Gayo Daejejeon. Di mana pada masa itu SHINee turut hadir sebgai salah seorang artis dan berdiri di atas pentas bersama dengan ahli GILRS’ GENERATION tersebut.

Tae-min SHINee yang baru sahaja pulang dari bilik air telah muncul lewat ke atas pentas, dan walaupun dia telah dihalang oleh Key, ahli termuda SHINee itu tetap cuba untuk menyapa Yoon-a.

Sapaan itu telah didengari oleh Yoon-a dan penyanyi wanita tersebut membalas sapaan itu sambil tersenyum gembira.

Dalam masa yang sama, gelagat Tae-min yang secara berterusan memanggil Yoon-a dengan panggilan ‘Noona (kakak)’ telah menarik perhatian ramai dan tular di media sosial.

Malah, ia juga telah menjadi hiburan ramai yang rata-rata menggunakan gambar ‘gangguan’ comel tersebut sebagai meme.

Selain itu, peminat juga menyedari walaupun Tae-min mempunyai pengalaman yang luas di dalam industri muzik, dia akan selamanya menjadi ‘adik lelaki’ Yoon-a.

Comel kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...