Ikuti Kami:

“Na Kyungeun Menangis..” – Yoo Jaesuk Didakwa Pukul Isteri?

“Na Kyungeun Menangis..” – Yoo Jaesuk Didakwa Pukul Isteri?

Makin berleluasa khabar angin palsu di Korea!

Terbaru, satu entri di laman komuniti Korea bertajuk ‘Kenapa kontroversi berkaitan keganasan Yoo Jae-suk terhadap Na Kyung-eun ialah serius?’ telah tular dalam kalangan netizen.

Dalam entri itu, terselit tuduhan Yoo Jae-suk memukul isterinya. Malah video yang dikepil bersama menyelitkan dakwaan buruk seperti “Berita tergempar – selepas 18 tahun perkahwinan Na Kyung-eun bersama Yoo Jae-suk!! Keganasan” atau “Isteri Yoo Jae-suk sentiasa dipukul.. Na Kyung-eun menangis”.

Saluran itu turut menyelit berita buruk mengenai rumah tangga selebriti popular lain seperti Kim Yuna dan Baek Jong-won.

na kyungeun yoo jaesuk

Walaupun kebanyakan peminat muda boleh menapis mana kandungan benar dan yang salah, golongan lebih tua kadang-kadang mudah terperdaya dan mempercayai apa yang dilaporkan media.

Dalam pada itu, Yoo Jae-suk pernah meluahkan mengenai keseriusan tuduhan tak berasas ini,

Masalahnya berita palsu tersebar seperti cerita sebenar. Lagi memenatkan apabila mangsa khabar angin itu yang perlu menjelaskan semuanya dan membuktikan bahawa ianya salah.

Ish ish.. main reka cerita je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...