Dalam kegembiraan yang ditampilkan ahli “Running Man”, banyak kisah duka yang disembunyikan mereka.
Dalam episod terbaru ini, mereka sempat berkongsi kisah semasa rakaman episod lama dahulu.
Ketika berbual, para ahli menyebut mengenai kehebatan Song Ji-hyo seperti momen ‘lejen’ di mana dia mampu tidur di atas jenga gergasi. Dek rasa kagum ahli lain, cerita wanita itu mengenai kisah sebalik tabir episod berkenaan,
Ada cerita di sebalik kejadian itu, sebenarnya saya dijangkiti enteritis. Saya sakit sangat, jadi saya betul-betul tidur. Sebab tak nak pergi tandas, saya tak makan apa-apa pun.
Kemudian, Haha menambah cerita,
Dulu, tulang belakang Kim Jong-kook pernah meletup semasa kita sedang berlumba. Tapi dia hanya meneruskan perlumbaan.
Sambung Ji Suk-jin,
Saya pernah menyambung penggambaran selama dua hari meskipun slip-disc. Punya teruk, sampai saya ambil masa selama 15 minit nak masuk dalam kereta. Tapi menakjubkan sebab saya boleh berlari apabila dikejar Kim Jong-kook.
Dalam pada itu, Yoo Jae-suk juga mendedahkan bahawa dia biasa sahaja menyertai rakamn “Running Man” meskipun sedang sakit.
Kesian dorang..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.