Ikuti Kami:

‘My ID Is Gangnam Beauty’ Akan Diadaptasi Di Thailand, Bakal Diterajui Pelakon Popular

‘My ID Is Gangnam Beauty’ Akan Diadaptasi Di Thailand, Bakal Diterajui Pelakon Popular

Ada tak yang layan drama “My ID is Gangnam Beauty” yang ditayangkan pada 2018 dulu?

Bagi yang belum tahu, diterajui Im Soo-hyang dan Cha Eun-woo, “My ID is Gangnam Beauty” mengikuti kisah Kang Mi-rae dengan personaliti pemalu dek penampilannya yang hodoh. Selepas menjalani pembedahan plastik untuk menjadi cantik, dia masih mempunyai personaliti pemalunya. Ketika di universiti, Do Kyung-seok yang tidak menilai orang dari rupa mempunyai rasa cinta kepada Kang Mi-rae.

Terbaru, drama berkenaan telah disahkan bakal diadaptasi di Thailand dengan tajuk “Beauty Newbie”.

Dengan poster dan teaser pertama telah dilancarkan, penonton nampaknya seronok melihat pelakon popular seperti Baifern Pimchanok, Win Metawin, Great Sapol dan Fah Yongwaree bakal terajui versi Thailand drama popular itu.

Jangan lupa tonton “Beauty Newbie”, akan mula bersiaran pada 2023 nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...