Ikuti Kami:

‘W: Two Worlds’ Dilapor Akan Diadaptasi Di China, Bakal Diterajui Pelakon Popular

‘W: Two Worlds’ Dilapor Akan Diadaptasi Di China, Bakal Diterajui Pelakon Popular

Ada tak yang rindu nak tonton drama “W: Two Worlds”?

Terbaru pada 2 September menerusi laman Weibo, drama “W: Two Worlds” dilaporkan bakal diadaptasi semula di China dengan judul “Hail True World: Next Station Your World”.

Bagi yang belum tahu, versi Korea “W: Two Worlds” yang diterajui Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo, merupakan melodrama romantik yang ditayangkan pada 2016. Ia merentasi dimensi berbeza ruang, antara realiti dan maya. Lee Jong-suk membawa peranan sebagai Kang Cheol, seorang watak dalam siri komik popular, manakala Han Hyo-joo berperan sebagai Oh Yeon-joo, watak dalam kehidupan sebenar.

w two worlds chinese

Untuk versi China drama ini, turut dilaporkan pelakon utama yang terlibat adalah Zhao Yaoke dan Chang Bin.

Sama-sama kita nantikan tayangan versi China drama “W: Two Worlds”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...