Ikuti Kami:

MV ‘GANADARA’ Raih 10 Juta Tontonan Kini, Jay Park Kongsi Proses Kolaborasi Bersama IU

MV ‘GANADARA’ Raih 10 Juta Tontonan Kini, Jay Park Kongsi Proses Kolaborasi Bersama IU

Best kan lagu baharu Jay Park bersama IU?

Pada 11 Mac, Jay Park telah mengeluarkan muzik video bagi single “GANADARA” yang menampilkan IU. Dalam MV tersebut, Jay Park kelihatan sedang bersedia untuk membuat penggambaran, tetapi keadaan menjadi kacau apabila IU tidak dapat hadir. Ia adalah muzik video yang agak ‘santai’ dan lucu.

Pada siaran 19 Mac program MBC “The Manager”, Jay Park meluahkan rasa syukurnya pada IU,

Saya bersyukur kerana IU bersetuju untuk menjadi artis persembahan. Ia adalah lagu yang sangat ‘sweet’.

jay park iu

Yoo Byung-jae kemudiannya bertanya siapa yang mencadangkan idea itu dahulu, dan Jay Park berkata,

Selepas mendengar ‘All I Wanna Do’, IU menghubungi saya dan berkata, ‘Saya sangat menikmati muzik anda. Mari kita bekerja bersama-sama suatu masa nanti’. Saya rasa dia hanya bersikap sopan, tetapi saya mendengarnya dan berkata, ‘Betulkah?’ dan segera mula membuat persediaan.

Jay Park meneruskan,

IU berkongsi niatnya dengan saya terlebih dahulu, jadi saya segera pergi ke WOOGIE (penerbit) dan berkata, ‘Jom bekerja dengan IU’.

Jom dengar lagu ni lagi sekali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...