Ikuti Kami:

Kolaborasi Tidak Dijangka, Jay Park Kongsi Muzik Video ‘GANADARA’ Bersama IU

Kolaborasi Tidak Dijangka, Jay Park Kongsi Muzik Video ‘GANADARA’ Bersama IU

Lagu kolaborasi Jay Park bersama IU “GANADARA” telah dikeluarkan!

Pada 11 Mac, Jay Park telah mengeluarkan muzik video bagi single “GANADARA” yang menampilkan IU. Dalam MV tersebut, Jay Park kelihatan sedang bersedia untuk membuat penggambaran, tetapi keadaan menjadi kacau apabila IU tidak dapat hadir. Ia adalah muzik video yang agak ‘santai’ dan lucu.

Sebagai salah seorang penulis lirik bagi lagu ini, Jay Park mengulas,

‘GANADARA’ ialah lagu R&B manis yang menyerlahkan nada vokal Jay Park dan IU.

Kolaborasinya bersama IU memang tidak dijangka oleh ramai orang. Namun begitu, dek bakat hebat oleh kedua-dua penyanyi, peminat amat teruja untuk single ini. Jay Park berkongsi,

IU mula-mula memberitahu saya, ‘Jika ada peluang, mari kita bekerjasama sekali’. Jadi saya terus menulis lagu itu dan meminta bantuannya. Dia seorang artis profesional dengan nada vokal yang menakjubkan. Jadi saya rasa kami telah melakukan kerjasama yang sempurna.

Jay Park juga bercakap tentang momen yang dia tidak dapat lupakan semasa merakam lagu itu.

Ada bahagian dalam lagu di mana saya dan IU bertukar-tukar ad-lib. Dan ketawa yang keluar adalah ketawa IU yang sebenar. Ketawanya dirakam, dan saya suka bunyinya, jadi saya tidak memadamnya dalam lagu sebenar.

Sejurus selepas lagu ini dikeluarkan, “GANADARA” telah berjaya menduduki carta Top 5 Melon, dengan pendengar unik tertinggi pada jam pertama. Antara reaksi peminat tentang lagu kolaborasi ini:

Suara mereka sepadan.

Muzik videonya lucu!!

Terima kasih untuk kolaborasi ini.

Jom dengarkan lagu “GANADARA” nyanyian Jay Park dan IU di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...