Ikuti Kami:

“Mustahil Sebab..” – Jung Haein Akui Tiada Kawan Perempuan

“Mustahil Sebab..” – Jung Haein Akui Tiada Kawan Perempuan

Baru-baru ini, pelakon “Love Next Door” termasuk Jung Hae-in dan Jung So-min telah tampil sebagai tetamu dalam program “Salon Drip 2” di YouTube.

Dalam siaran itu, pengacara Jeon Do-yeon bertanya sekiranya lelaki dan perempuan boleh berkawan. Sebagai respon, Jung So-min dan Kim Ji-eun berkata bahawa persahabatan lain jantina adalah boleh.

Namun berbeza pula buat Jung Hae-in, yang mengatakan lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan. Luahnya,

Ia adalah mustahil. Dalam persahabatan berlainan jantina, kedua-duanya mesti suka antara satu sama lain.

Celah Jung So-min,

Tapi dia memang tiada kawan perempuan.

Sambung lelaki itu lagi,

Saya hanya ada kenalan dan juga rakan sekerja yang perempuan. Kalau awak tiba-tiba suka pada satu sama lain dan kemudian berpisah, mereka tak boleh berkawan dah. Jadi, saya rasa ianya susah untuk mereka kekal sebagai kawan je.

Betul juga kan apa yang Jung Hae-in cakap?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...