Ikuti Kami:

Musim Kedua ‘Hellbound’ & ‘All Of Us Are Dead’ Sedang Dalam Perbincangan

Musim Kedua ‘Hellbound’ & ‘All Of Us Are Dead’ Sedang Dalam Perbincangan

Tak dinafikan bahawa siri “Hellbound” dan “All Of Us Are Dead” merupakan antara siri terbaik Netflix kan?

Disebabkan oleh plot yang memukau dan ending yang menimbulkan banyak persoalan, sudah pasti semua mahukan sambungan drama tersebut.

Terbaru, musim kedua untuk kedua-dua siri berkenaan dilaporkan sedang dalam perbincangan kini.

all of us are dead netflix

Menerusi pengumuman pendapat untuk suku keempat 2021 yang didedahkan baru-baru ini, J Contentry iaitu satu produser program penyiaran telah menyebut mengenai kejayaan “Hellbound” dan “All Of Us Are Dead”.

Khabarnya mereka sedang dalam perbincangan untuk menghasilkan musim kedua untuk kedua-dua siri popular berkenaan, sekaligus menaikkan jangkaan penonton.

netflix hellbound

Untuk pengetahuan, J Contentry ialah sebuah syarikat yang memegang 100% saham dalam Film Monster, syarikat produksi yang bertanggungjawab menghasilkan “Hellbound” dan “All Of Us Are Dead”.

Sama-sama kita nantikannya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...