Ikuti Kami:

“Kisah Survival Zombi Pula..” – Pengarah Jawab Kemungkinan Musim Kedua ‘All Of Us Are Dead’

“Kisah Survival Zombi Pula..” – Pengarah Jawab Kemungkinan Musim Kedua ‘All Of Us Are Dead’

Selepas melihat ending “All Of Us Are Dead”, sudah pasti semua mahu menonton sambungannya kan?

Bagi menjawab persoalan ramai mengenai siri zombi itu, pengarah Lee Jae-kyu telah menjalani sebuah temubual baru-baru ini.

Terus mencapai No 1 di ranking global, lelaki itu nyata terkejut dengan pencapaian yang membanggakan tersebut,

Hebat rasanya apabila melihat ramai orang yang memberikan respon positif dan bergembira. Apabila mendengar yang kami di tempat pertama, dua tahun berlalu dalam sekelip mata. Saya tak sangka ianya akan berlaku. Saya menjangkakan mereka akan merasai emosi dan kisah yang terdapat di dalam naskhah itu, tapi tidak menyangka ia akan diterima sebaik ini.

netflix all of us are dead

Kredit: Netflix

Dalam pada itu, Lee Jae-kyu turut menjawab kemungkinan musim kedua “All Of Us Are Dead”,

Bagus sekiranya kami boleh hasilkannya, namun kita perlu melihat dahulu apa yang jadi. Jikalau awak menyukai musim pertama, saya terfikir sekiranya kemungkinan musim kedua itu ada. Saya menjangkakan bahawa ia akan memaparkan kisah yang menyeronokkan dan sambungannya. Jikalau musim satu mengenai kelangsungan hidup manusia, musim kedua akan membawa cerita kelangsungan hidup zombi.

Korang dah ready tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...