Ikuti Kami:

Musim Kedua ‘Alchemy Of Souls’ Sah Tayang Disember Ini, Jung Somin Dilapor Tidak Sertai

Musim Kedua ‘Alchemy Of Souls’ Sah Tayang Disember Ini, Jung Somin Dilapor Tidak Sertai

Pasti ramai yang sudah teruja untuk menantikan musim kedua “Alchemy of Souls”, kan?

Untuk pengetahuan, “Alchemy of Souls” ialah drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.

Pada 26 Ogos, dilaporkan bahawa pelakon dan kru sedang menjalani penggambaran musim kedua drama “Alchemy of Souls”. Berikutan itu, sumber dari drama itu sendiri memberi respon,

Bahagian 2 ‘Alchemy of Souls’ akan ditayangkan pada bulan Disember.

tvn alchemy of souls

Mengenai pelakon utama wanita Jung So-min yang dilapor bakal digantikan dengan Go Yoon-jung dalam musim kedua, pihak “Alchemy of Souls” menjawab,

Masih ada dua episod lagi untuk musim pertama, jadi sukar untuk dijawab kerana ia akan menjadi ‘spoiler’.

Dalam pada itu, episod akhir musim pertama “Alchemy of Souls” akan disiarkan pada 28 Ogos ini.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...