Ikuti Kami:

Musim Kedua ‘Alchemy Of Souls’ Dilapor Bakal Tayang Disember Ini

Musim Kedua ‘Alchemy Of Souls’ Dilapor Bakal Tayang Disember Ini

Tinggal 2 episod, musim pertama “Alchemy of Souls” akan berakhir tak lama lagi.

Untuk pengetahuan, “Alchemy of Souls” ialah drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.

Bagi yang belum tahu, selepas tamatnya 20 episod musim pertama “Alchemy of Souls” pada minggu depan, drama itu akan kembali menemui peminat untuk musim kedua.

alchemy of souls 2

Terbaru pada 24 Ogos, Namu Wiki telah mengemas kini jadual penyiaran “Alchemy of Souls” musim kedua, yang dirancang untuk tayang pada Disember 2022 ini dengan 10 episod bakal dikeluarkan.

Dalam pada itu, ianya masih belum disahkan sama ada pelakon dari musim pertama akan turut terlibat untuk musim kedua.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...