Ikuti Kami:

“Awak Tak Akan Jangka..” – Lee Jaewook Beri Klu Ending ‘Alchemy Of Souls’

“Awak Tak Akan Jangka..” – Lee Jaewook Beri Klu Ending ‘Alchemy Of Souls’

Setelah 16 episod ditayangkan, drama “Alchemy of Souls” akan tamat tidak lama lagi.

Bagi yang belum tahu, “Alchemy of Souls” ialah drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.

Dalam temu bual yang dilakukan baru-baru ini, Lee Jae-wook ditanya tentang adegan Jang Uk dan Mu Deok yang paling dia ingati. Pelakon itu berkata,

Adegan di mana saya pergi ke danhyanggok dan bercakap tentang teh herba suci. Saya rasa adegan itu menunjukkan banyak perkara, kami bertemu dengan Encik Lee dan Mu Deok menggunakan dialeknya.

Tinggal 4 episod lagi bakal ditayangkan, Lee Jae-wook turut berkongsi sedikit ‘spoiler’ untuk pengakhiran “Alchemy of Souls”. Kongsinya,

Pengakhirannya adalah sesuatu yang anda tidak jangkakan. Saya amat menghargai jika anda menunjukkan minat yang tinggi terhadap ‘Alchemy of Souls’ sehingga tamat.

Makin teruja la camni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...