Ikuti Kami:

Musim 2 Di Top 10 Carta Global Netflix, Pengarah Jawab Jika Akan Hasilkan ‘D.P.’ Musim 3

Musim 2 Di Top 10 Carta Global Netflix, Pengarah Jawab Jika Akan Hasilkan ‘D.P.’ Musim 3

Mesti ramai kan yang dah habis layan “D.P.” musim kedua?

Bagi yang belum tahu, “D.P.” membawa kisah unit khas mengejar tentera yang lari daripada kem atas pelbagai alasan dan kisah tersendiri. Ianya menerima pujian ramai kerana plot yang realistik selain membongkar sisi gelap dunia ketenteraan Korea.

Terbaru, pengarah Han Jun-hee telah terlibat dengan satu temu bual dan bercakap tentang pelbagai perkara tentang “D.P. 2”. Pada awalnya, dia mengaku,

Ia benar-benar sukar untuk melakukan ‘D.P.’ musim kedua. Saya tidak mempunyai pilihan selain menyentuh bahagian sukar dan menyakitkan orang ramai untuk membuat cerita ini. Saya juga fikir ia akan menjadi sukar untuk membuat musim seterusnya di mana watak-watak ini mengorak langkah ke hadapan.

netflix d.p. 2

Mengenai penghasilan musim ketiga drama tersebut, pengarah memberitahu,

Untuk musim 3, kami perlu mencari jawapan tentang mengapa kami perlu melakukannya sekali lagi bersama penulis dan pelakon. Untuk masa sekarang, sudah tentu saya belum terfikir lagi.

Haa korang nak tak musim ketiga?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...