Bagaimana penerimaan penonton “D.P. 2” selepas kejayaan musim pertamanya pada tahun lalu?
Musim kedua ini kembali dengan skala lebih besar apabila kes tembakan rawak Kim Roo-ri menjadi tak terkawal dek kes Jo Seok-bong yang masih lagi dalam siasatan.
Disebabkan kecaman ramai, kes ini menjadi keutamaan ibu pejabat ketenteraan di mana watak baru seperti ketua Pejabat Undang-Undang dimainkan Ji Jin-hee, pegawai Perundangan dilakonkan oleh Kim Ji-hyun dan pegawai siasatan diterajui Jung Seok-yong muncul bagi menyelesaikan isu ini.
Bukan sahaja plotnya semakin berani malah cerita ini meliputi perimeter ketenteraan yang lebih besar. Pun begitu, ada yang mengatakan jalan ceritanya kini terlalu luas hingga tidak memberikan fokus pada kisah pelarian tentera dan pengejarnya.
Komen penonton,
Mungkin ada yang tak suka kerana ia terlalu menyentuh realiti sebenar.
Saya merasakan ia lebih realistik dari musim pertama.
Sukar nak memberikan fokus pada musim kedua ini.
Saya tak rasa ianya bosan tapi musim pertama lebih menyeronokkan.
Tiada musim kedua yang lebih baik dari musim pertamanya.
Dalam pada itu, “D.P. 2” membawa kisah pelarian tentera yang melarikan diri dari tugas hakiki dan unit khas yang mengejar mereka.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.