Ikuti Kami:

Choi Hyunwook Akan Sertai Jung Haein & Koo Kyohwan Dalam Musim Kedua ‘D.P.’

Choi Hyunwook Akan Sertai Jung Haein & Koo Kyohwan Dalam Musim Kedua ‘D.P.’

Choi Hyun-wook memang tidak dinafikan adalah salah seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik kini.

Terbaru pada 10 Januari, Choi Hyun-wook dilapor akan sertai Jung Hae-in, Koo Kyo-hwan, Kim Sung-kyun dan Son Suk-ku dalam musim kedua siri Netflix “D.P.”. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu mengesahkannya,

Choi Hyun-wook akan muncul dalam ‘D.P.’ musim kedua dan bekerjasama dengan Jung Hae-in serta Koo Kyo-hwan.

Selain itu menurut laporan, Choi Hyun-wook akan memegang watak sebagai Shin Ah-hwi dan akan membina ‘chemistry’ bersama pelakon asal lain dalam drama berkenaan.

netflix d.p. 2

Bagi yang belum tahu, “D.P.” membawa kisah unit khas mengejar tentera yang lari daripada kem atas pelbagai alasan dan kisah tersendiri. Ianya menerima pujian ramai kerana plot yang realistik selain membongkar sisi gelap dunia ketenteraan Korea.

Sementara itu, musim kedua “D.P.” akan ditayangkan pada separuh kedua tahun ini. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...