Ikuti Kami:

Musim 1 Belum Tayang, Park Seojoon & Han Sohee Mula Penggambaran Musim 2 ‘Gyeongseong Creature’

Musim 1 Belum Tayang, Park Seojoon & Han Sohee Mula Penggambaran Musim 2 ‘Gyeongseong Creature’

Musim 1 belum tayang, para pelakon “Gyeongseong Creature” nampaknya sedang bersiap sedia untuk musim 2 drama itu kini.

Bagi yang belum tahu, “Gyeongseong Creature” yang akan diterajui Park Seo-joon dan Han So-hee, ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup, dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya.

Selesai menjalani penggambaran untuk musim 1 pada Oktober 2022, Netflix telah mengesahkan bahawa drama tersebut turut akan menemui penonton dengan musim kedua.

Terbaru, Park Seo-joon dan Han So-hee dilihat sedang menjalani penggambaran untuk musim 2 “Gyeongseong Creature” di Jeonju, Korea, menambah keterujaan penonton untuk menantikan gandingan dua pelakon itu nanti.

Dalam pada itu, musim 1 “Gyeongseong Creature” telah dijadualkan untuk disiarkan pada suku keempat 2023 ini menerusi Netflix.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...