Ikuti Kami:

“Mungkin Sebab Wajah Saya..” – Dah Berusia 49 Tahun, Kim Byungchul Akui Sedang Cari Teman Wanita

“Mungkin Sebab Wajah Saya..” – Dah Berusia 49 Tahun, Kim Byungchul Akui Sedang Cari Teman Wanita

Sudah hampir mencecah usia 50 tahun, Kim Byung-chul pastinya seringkali memikirkan tentang perkahwinan.

Terbaru, Kim Byung-chul yang semakin dikenali menerusi “Doctor Cha”, telah tampil sebagai tetamu dalam program Yoo Jae-suk “You Quiz on the Block”.

Khususnya dalam siaran itu, pelakon lelaki tersebut ada mendedahkan ciri wanita idamannya. Dia berkata,

Saya suka seorang yang bekerja keras dan bijak, kerana saya agak cuai. Seorang yang boleh berundur dan menerima saya apabila kita bergaduh.

Kemudian, Kim Byung-chul yang berusia 49 tahun kini, turut mengaku bahawa dia ada berfikir untuk berkahwin,

Bukan kadang-kadang, tetapi agak kerap. Apabila saya memikirkan tentang usia saya, rasanya sudah terlambat untuk memulakan keluarga sekarang. Ada masa saya terfikir macam tu. Sekarang, saya sedang mencari seorang yang menarik.

kim byungchul

Tambahnya lagi,

Saya tidak boleh untuk memulakan perbualan terlebih dahulu. Saya juga tak rasa ada orang sekeliling saya memperkenalkan saya kepada kenalan mereka. Mungkin kerana wajah saya.

Akhir sekali, dia memberitahu penonton,

Walaupun awak melihat seperti saya sedang bercinta dengan seseorang, saya harap awak akan berpura-pura tidak tahu.

Semoga ada jodoh yang sesuai buat Kim Byung-chul!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...