Utama Rancangan Hiburan “Dia Malaikat” – Gong Hyojin Dedah Sebab Tak Ingin Berkahwin Sebelum Bertemu...

“Dia Malaikat” – Gong Hyojin Dedah Sebab Tak Ingin Berkahwin Sebelum Bertemu Kevin Oh

gong hyojin kevin oh

Betul lah orang cakap, kalau dah jodoh pasti tak kemana.

Terbaru pada 28 Mei, Gong Hyo-jin telah tampil dalam rancangan YouTube Jung Jae-hyung “Fairy Table”, di mana pelakon itu ada mendedahkan bagaimana dia membuat keputusan dari tidak mahu berkahwin kepada ingin berkahwin, selepas bertemu dengan suaminya, Kevin Oh.

Pada awalnya, Gong Hyo-jin berkongsi tentang kehidupan cintanya dengan berkata,

Saya agak berhati-hati ketika bercinta jadi saya tidak mempunyai banyak pengalaman dating yang sebenar. Saya tak mudah jatuh cinta kepada seseorang. Melalui hubungan saya, saya fikir perkahwinan dan saya tidak serasi, membawa keputusan saya untuk tidak berkahwin.

gong hyojin

Kemudian, mengenai apakah yang membuatkan pelakon “It’s Okay, That’s Love” itu membuka hatinya kepada Kevin Oh, wanita itu mengaku,

Perasaan saya berubah. Dia seorang malaikat. Sampai sekarang pun saya masih rasa dia macam malaikat. Itulah sebabnya saya simpan namanya di telefon sebagai ‘Malaikat’. Dia seorang yang baik hati.

Untuk pengetahuan, Gong Hyo-jin dan Kevin Oh telah berkahwin pada 11 Oktober 2022.

Semoga kekal berbahagia!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERWikitree
Loading...