Ikuti Kami:

Mungkin Plot Kurang Diminati, 5 K-Drama Ini Popular Peringkat Global Tetapi Kurang Ditonton Di Korea

Mungkin Plot Kurang Diminati, 5 K-Drama Ini Popular Peringkat Global Tetapi Kurang Ditonton Di Korea

Setiap orang mesti mempunyai pendapat serta pandangan masing-masing.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 K-Drama mendapat jumlah tontonan rendah di Korea tetapi, berjaya menambat hati penonton di luar negara.

The King: Eternal Monarch

Selepas populariti besar yang diperoleh Kim Go-eun daripada drama fantasinya “Goblin” sebelum ini, sungguh mengejutkan bahawa drama ini ‘gagal’ di peringkat domestik. Lebih-lebih lagi apabila pelakon kacak dan terkenal, Lee Min-ho juga merupakan bintang utama untuk drama ini.

Ia menjadi tanda tanya, mengapa “The King: Eternal Monarch” tidak mendapat jumlah tontonan yang memuaskan daripada penonton K-Drama di Korea tetapi, secara global masih menjadi antara K-Drama yang digemari peminat.

Weightlifting Fairy Kim Bokjoo

Malangnya, kisah persahabatan zaman kanak-kanak yang akhirnya menjadi kekekasih ini, tidak berjaya menambat hati penonton di Korea Selatan. Tetapi dengan plot-plot yang begitu comel, dan drama yang sebenarnya memfokuskan semangat kesukanan ini menjadi pemenang dalam kalangan peminat di luar negara!

Barisan pelakon dalam “Weigtlifting Fairy Kim Bok-joo” juga merupakan antara yang popular dan berbakat, tetapi kenapa tidak berjaya memenangi hati penonton di Korea ye?

Nevertheless 

Walaupun penonton Korea menyuarakan kekecewaan mereka untuk plot drama ini dan menerima rating yang sangat rendah namun, peminat di luar Korea menikmati kisah percintaan antara dua watak itu. “Nevertheless” bercita-cita untuk menjadi drama yang berbeza daripada drama lain.

Ia bukan sahaja menunjukkan detik-detik manis dan boleh menggetarkan hati peminat drama percintaan, tetapi juga menggambarkan sisi realistik tentang percintaan pada zaman serba canggih ini. Sudah tentu ia antara drama yang disukai oleh remaja sekarang!

Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

“Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo” mempunyai barisan pelakon yang begitu berbakat serta popular, dan seseorang akan menyangka bahawa drama ini akan berjaya menarik perhatian di kalangan peminat tempatan. Namun, dengan rating 5.1%, ia menjadi salah satu drama yang mendapat kedudukan terendah di Korea Selatan.

Walaupun gagal di negara asalnya, ini adalah antara K-Drama yang paling banyak ditonton di kalangan peminat antarabangsa.

True Beauty 

Walaupun webtoon itu merupakan yang terkenal Korea Selatan, namun apabila ia diadaptasi sebagai drama, ia tidak mendapat jumlah tontonan yang memuaskan di kalangan penonton K-Drama di Korea. Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna bahawa peminat di luar negara tidak mendapati siri ini sebagai salah satu cerita yang paling kelakar dan ramai antara mereka suka dengan jalan cerita “True Beauty”.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...