Ikuti Kami:

Diterajui Pelakon Hebat, Tonton 7 K-Drama Ini Bakal Tayang Pada November 2023

Diterajui Pelakon Hebat, Tonton 7 K-Drama Ini Bakal Tayang Pada November 2023

Setiap bulan mesti akan ada karya daripada pengarah K-Drama yang boleh buat penonton kagum dan seronok menonton.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 7 K-Drama bakal tayang bulan November ini.

Moon In The Day

Pada asalnya drama ini dijadualkan keluar pada Oktober 2023, namun ada beberapa masalah dan terpaksa ditayangkan pada awal November. K-Drama fantasi romantik ini bermula apabila seorang bintang lelaki terkemuka mengalami kemalangan kereta semasa penggambaran iklan. Dia diselamatkan oleh seorang anggota bomba wanita tetapi dirasuk oleh roh jahat iaitu seorang bangsawan dari zaman Silla yang dibunuh oleh isterinya.

Tarikh tayangan: 1 November 2023

Saluran: Viki

Pelakon: Kim Young-dae, Pyo Ye-jin, On Joo-wan, Jung Woong-in

Daily Dose Of Sunshine

“Daily Dose of Sunshine” ialah drama adaptasi webtoon yang menceritakan tentang pemindahan jururawat ke jabatan psikiatri, dia melalui situasi yang sukar sehingga terpaksa mencari jalan penyelesaiannya tersendiri. Watak utama ini merupakan seorang jururawat yang baik hati dan berusaha keras untuk menjaga mereka yang berada di bawah jagaannya. Kerja ini sangat mencabar bagi jururawat itu kerana ia merupakan kerja yang sukar untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah mental.

Tarikh tayangan: 3 November

Saluran: Netflix

Pelakon: Park Bo-young, Yeon Woo-jin, Jang Dong-yoon, Lee Jung-eun

Vigilante

“Vigilante” ialah adaptasi webtoon yang dibintangi oleh Nam Joo-hyuk sebagai seorang lelaki yang menjalani kehidupan penuh pancaroba. Pada siang hari dia adalah pelajar yang bijak pandai di universiti polis. Tetapi pada hujung minggu, dia menghukum penjenayah yang pernah menerima hukuman ringan untuk jenayah mereka.

Tarikh tayangan: 8 November

Saluran: Disney+ Hotstar

Pelakon: Nam Joo-hyuk, Yoo Ji-tae, Lee Joon-hyuk, Kim So-jin

Goryeo Khitan War 

Ini merupakan K-Drama bersejarah. “Goryeo Khitan War” bermula apabila Wang Sun berumur 12 tahun pada tahun 1003 dan dia dipaksa keluar dari istana oleh Ratu Heonae. Pada tahun 1009, beliau kembali ke istana dan mendapat tempat selepas rampasan kuasa. Namun selepas itu, dia diserang oleh Khitan pada tahun 1010.

Tarikh tayangan: 11 November

Saluran: KBS2

Pelakon: Choi Soo-jong, Kim Dong-jun, Ji Seung-hyun

Secret Playlist

“Secret Playlist” ialah adaptasi webtoon yang berpusat di sekitar percintaan rahsia antara idola K-Pop dan YouTuber. Song Han-ju merupakan seorang pelajar universiti wanita yang matang, dia menerima mengalami kesukaran tetapi tidak berputus asa untuk mencapai impiannya. Song Han-ju diam-diam bekerja sebagai YouTuber muzik bernama PLII, tetapi apabila ahli idola popular mula mengikuti akaunnya, kehidupan Song Han-ju terus berubah.

Tarikh tayangan: 18 November

Saluran: TVING

Pelakon: Kim Hyang-gi, Shin Hyun-seung

A Bloody Lucky Day 

“A Bloody Lucky Day” ialah siri ngeri tentang pemandu teksi biasa, Oh Taek yang membawa pelanggannya ke Mokpo. Pelanggan itu menawarkan harga yang tinggi, dan kemudian suatu perkara telah terjadi. Hal ini telah menyedarkan dia bahawa pelanggan itu adalah pembunuh bersiri dan memulakan pemanduan dalam keadaan ketakutan.

Tarikh tayangan: 20 November

Saluran: TVING

Pelakon: Lee Sung-min, Yoo Yeon-seok, Lee Jung-eun

My Demon

Dalam fantasi romantik “My Demon” menceritakan tentang seorang waris yang berpewatakan dingin dan sinis membuat perjanjian kontrak perkahwinan dengan syaitan. Dia kemudiannya kehilangan kuasa selepas kontrak itu tiba-tiba dipindahkan kepada waris yang lain.

Tarikh Tayangan: 24 November

Saluran: Netflix

Pelakon: Kim Yoo-jung, Song Kang, Lee Sang-yi

The Story of Park’s Marriage Contract 

Selepas suaminya meninggal dunia pada malam perkahwinan mereka, dia diculik dan dibuang ke dalam perigi. Kehidupan Park Yeon-woo nampaknya telah berakhir dengan tragik. Namun, dalam “The Story of Park’s Marriage Contract” menceritakan Park Yeon-woo tiba-tiba bangun pada abad-21. Dia bersemuka dengan seseorang yang kelihatan sama seperti mendiang suaminya. Takdir itu telah menyatukan kembali mereka berdua walaupun berada di abad lain.

Tarikh tayangan: November 2023

Saluran: MBC

Pelakon: Lee Se-young, Bae In-hyuk, Joo Hyun-young

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...