Ikuti Kami:

Muncul Dalam Drama ‘Stealer’, Adik Lee Dahee Mula Karier Sebagai Pelakon

Muncul Dalam Drama ‘Stealer’, Adik Lee Dahee Mula Karier Sebagai Pelakon

Seronoknya apabila satu keluarga memiliki bakat yang sama dan bekerja dalam satu industri kan?

Terbaru, adik Lee Da-hee iaitu Lee Tae-hui dikatakan telah memulakan karier sebagai pelakon kini.

Dalam drama “Stealer: The Treasure Keeper”, lelaki itu muncul ketika episod ke-8 sebagai salah seorang yang muncul di dalam kalangan orang ramai.

tvn stealer

Untuk pengetahuan, lelaki tersebut lahir pada tahun 1994 dan berusia 29 tahun kini. Khabarnya, dia merupakan alumni Universiti Daejin dalam jurusan Filem dan Teater serta dikenali ramai kerana memiliki wajah seiras kakaknya.

Dalam pada itu, agensi Lee Da-hee iaitu Ghost Studio turut mengesahkan bahawa Lee Tae-hui berada di bawah naungan mereka.

lee taehui lee dahee

Tahniah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...