“Kulit Saya Terluka” – Ganggu Babak Ciuman, Lee Dahee Minta Choi Siwon Cukur Janggut
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Siapa yang sedang seronok menonton “Love Is For Suckers” sekarang ini?
Terbaru, Lee Da-hee berkongsi kisah disebalik tabir antara dirinya dan Choi Si-won menerusi episod “My Little Old Boy”. Katanya,
Saya rasa janggut awak lagi panjang dari sebelumnya.
Kongsinya lagi,
Semasa pertama kali menjalani penggambaran untuk babak ciuman, kawasan sekitar mulut saya bertukar merah selepas itu. Sebabkan kulit saya agak lemah, saya dicucuk olehnya.

Ketawa Choi Si-won,
Pada ketika itu, dia berhati-hati ketika memberitahu saya, ‘Siwon-ah, boleh tak awak cukur sedikit janggut sebelum penggambaran babak ciuman’, jadi saya bercukur setiap pagi.
Tambahnya,
Saya tak akan bercukur lagi. Saya merasakan bahawa rambut dan janggut ialah kurniaan Tuhan.

Jelas lelaki itu, dia turut membela jambang untuk penggambaran untuk “Work Later, Drink Later”,
Pada ketika itu, saya menggunakan pencuci muka dan perapi rambut sekali sekala dan janggut saya berasa sangat lembut.
Mesti gatal-gatal kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




