Han Chae-young sekali lagi menerima kritikan ramai dek lakonannya.
Terbaru, wanita itu sedang membintangi drama harian bertajuk “Snow White’s Revenge” di KBS di mana ia membawa kisah seorang ibu yang ingin menakluki dunia dan anak yang ingin membalas dendam.
Sudah 24 tahun di dalam dunia lakonan, Han Chae-young yang menjadi teraju utama naskhah ini tetap dibanjiri dengan kecaman dek lakonan yang kekok. Membawa watak seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kaya, memek muka wanita itu nyata dipandang jelek penonton.
Kata mereka,
- Han Chae-young memang langsung tak boleh berlakon.
- Tolonglah berhenti berlakon.
- Wajahnya nampak tak natural, sebab tu lakonan dia susah nak ditonton.
- Sampai sekarang lah tetap ‘keras’, bila bercakap mesti mulut muncung ke depan.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.