Ikuti Kami:

Seperti Dalam Drama, 6 Selebriti Wanita Korea Ini Berkahwin Dengan Golongan Elit

Seperti Dalam Drama, 6 Selebriti Wanita Korea Ini Berkahwin Dengan Golongan Elit

Dalam kehidupan setiap manusia, perkahwinan merupakan titik permulaan baru dalam kehidupan mereka bersama pasangan.

Begitu juga dengan beberapa selebriti Korea yang telah pun berkahwin dengan pilihan hati mereka.

Dalam artikel kali ini, KimchiDaily ingin berkongsi 6 selebriti wanita Korea yang telah memasuki alam perkahwinan dengan pasangan mereka yang merupakan golongan elit.

1. Jun Jihyun

jun jihyun

Pelakon yang popular dengan drama “My Love From The Star” iaitu Jun Ji-hyun telah pun berkahwin dengan pilihan hatinya, Choi Jun-hyeok. Suaminya merupakan cucu kepada seorang pereka hanbok terkenal di Korea dan keluarganya mempunyai saham terbesar dalam Alpha Asset Management yang diusahakan oleh ayahnya sendiri.

Kalau korang nak tahu, mereka berdua merupakan bekas pelajar di Sekolah Rendah Eonbuk. Ada yang menyatakan bahawa pasangan tersebut mula menjalinkan hubungan pada Disember 2011 dan berkahwin pada April 2012. 

2. Lee Siyoung

lee siyoung

Pelakon yang seterusnya adalah Lee Si-young, seorang pelakon yang terkenal dalam drama “Sweet Home” dan juga seorang pempengaruh di TikTok. 

Dia telah berkahwin dengan seorang perusahaan perniagaan yang berjaya iaitu Cho Seung-hyun. Untuk maklumat, suami kepada pelakon wanita popular itu mempunyai beberapa francais restoran dan juga bar atas bumbung yang berjaya. Cho Seung-hyun mula membina perniagaannya dari bawah sejak berusia 20-an.

3. Han Chaeyoung

han chaeyoung

Kalau korang tonton drama “Boys Over Flower”, korang mesti teringat pelakon Han Chae-young yang memegang watak sebagai Min Seo-hyun.

Ha, pelakon ini juga telah berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Choi Dong-joon yang berasal dari keluarga yang kaya. Mereka telah berkahwin pada tahun 2007 dan kini suaminya merupakan naib presiden Medcare Korea dan juga Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat teknologi HBK. 

4. Park Jiyoon

park jiyoon

Seterusnya adalah penyanyi Park Ji-yoon yang popular dengan lagunya iaitu “Adult Ceremony”.

Kalau nak tahu, Park Ji-yoon telah berkahwin dengan naib presiden reka bentuk di KakaoTalk iaitu Cho Soo-young yang kini merupakan seorang CEO di syarikat tersebut. 

5. Lee Hyeyoung

lee hyeyoung

Pelakon dan penyanyi iaitu Lee Hye-young turut berkahwin dengan pilihannya iaitu Boo Jae-hoon yang merupakan pengasas bersama MBK Partners, salah satu syarikat terbesar dalam kewangan pada tahun 2011.

Walaupun kerjayanya dahulu sudah mampu untuk menampung kehidupan namun selepas berkahwin, kehidupannya semakin bertambah senang kini. Sedikit info, perkahwinan Lee Hye-young ini merupakan perkahwinan yang kedua buat dirinya.

6. Kim Heesun

kim heesun

Terakhir adalah pelakon Kim Hee-sun. Kalau korang nak tahu, pelakon ini pernah membintangi drama di Netflix iaitu “Tomorrow”.

Ramai yang tertanya-tanya tentang kehidupan percintaan Kim Hee-sun dan akhirnya pada tahun 2007, pelakon itu telah berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Park Joo-young yang berasal dari keluarga kaya dan juga merupakan seorang usahawan.

Semoga berbahagia!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...