Seronoklah penonton K-Drama apabila ada dua naskhah baru mengisi hujung minggu mereka. Tambahan pula buat peminat drama romantik!
Selepas beberapa drama popular seperti “Dr Romantic 3” dan “Tale Of The Nine Tailed 1938” dan “Doctor Cha” menamatkan siaran, penonton mula mengalihkan perhatian mereka buat dua drama baru iaitu “King The Land” dan “See You In My 19th Life”.
Dalam dua episod awal ini, “King The Land” yang diterajui Lee Jun-ho dan Yoon-a berjaya meraih rating lebih tinggi iaitu 5.1% dan 7.5%. Manakala “See You In My 19th Life” yang dikemudi Ahn Bo-hyun dan Shin Hye-sun pula mencapai rekod 4.3% dan 5.5%.
Untuk pengetahuan, “King The Land” membawa kisah cinta antara pewaris kaya dan staf hotel biasa yang bertemu cinta selepas saling bertelingkah. “See You In My 19th Life” pula mengisahkan seorang wanita yang mengingati kesemua masa lampaunya dan mahu mengejar lelaki idaman dalam kehidupan ke-19.
Korang pilih drama yang mana?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉