Ikuti Kami:

Kisah Romantik Klisé Tapi Ada Kelainan, Ini Sebab WAJIB Tonton ‘King The Land’ Di Netflix Kini

Kisah Romantik Klisé Tapi Ada Kelainan, Ini Sebab WAJIB Tonton ‘King The Land’ Di Netflix Kini

Buat yang sudah lama menanti, akhirnya korang boleh menonton “King The Land” di Netflix kini!

Membawa kisah pewaris hotel kaya dan staf hotel yang bekerja keras, drama ini pastinya akan membuatkan penonton tersenyum hingga ke telinga pada saban episod apabila melihat telatah kelakar Gu Won dan Cheon Sa-rang.

Menerusi sebuah sidang media rasmi, barisan pelakon utama “King The Land” dan pengarah Lim Hyun-wook telah menceritakan lebih panjang mengenai naskhah komedi romantik itu.

Gandingan idola popular

Umum mengetahui bahawa Yoon-a dan Jun-ho merupakan idola popular dari kumpulan Girls’ Generation dan 2PM. Disebabkan itu ramai yang meluahkan rasa teruja apabila mengetahui mereka berdua bakal membawa keserasian dari pentas persembahan ke dalam drama. Kata Yoon-a,

Sudah bertahun-tahun saya mengenali Jun-ho, sejak memasuki dunia seni pada masa yang sama. Senang bekerja dengannya dan saya sangat bergantung padanya.

netflix king the land

Bahkan pengarah Lim Hyun-wook tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya dengan gabungan mereka,

Saya seronok apabila barisan pelakon sudah diisi dengan lengkap. Saya tahu drama ini akan meletup dengan kehadiran mereka berdua.

Santai bersama Yoon-a dan Jun-ho

Apabila ditanya sebab utama memilih “King The Land”, Yoon-a mengakui bahawa dia mahu projek yang lebih ‘ringan’ selepas berlakon naskhah yang berat dan kelam sebelum ini,

Sebab itu saya mahu bekerja dengan sesuatu yang cerah dalam projek berikutnya. Saya juga merasakan ramai peminat yang suka apabila saya membawa watak cerita pada masa lalu.

Balas Jun-ho bersetuju,

Saya mengalami emosi yang berat semasa berlakon ‘The Red Dleeve’. Ia berdasarkan figura bersejarah di mana saya perlu mengambil tahu perkembangan tragik kisah itu sepanjang bekerja dengannya. Kali ini, saya memilih naskhah yang membolehkan saya mengosongkan minda dari berfikiran yang banyak. ianya produksi penuh dengan sayang dan gelak tawa.

netflix king the land

Plot klise dengan kelainan

Disebabkan oleh perbezaan watak yang ketara, penonton pastinya akan dapat menyaksikan perkembangan cinta yang berbunga antara Gu Won yang tiada empati dan Cheon Sa-rang yang sentiasa bekerja keras untuk berada di tempatnya kini.

Ulas Jun-ho,

Terdapat beberapa aspek dalam skrip di mana saya terkejut melihatnya di dalam drama komedi romantik. Beberapa titik yang kecil ini pastinya membuatkan drama ini istimewa. saya tak sabar mahu menyaksikan penonton melihatnya.

Jangan risau kerana pengarah menjanjikan perkembangan plot yang mudah dicerna dan semua semestinya faham mengapa Gu Won dan Cheon Sa-rang yang dari dunia berbeza ini tidak boleh menghalang perasaan cinta yang kian bercambah antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, khabarnya ahli 2PM dan Girls’ Generation turut meluahkan rasa teruja semasa menantikan tayangan “King The Land”.

Bagi yang belum menonton episod pertama, korang boleh layari Netflix sekarang juga!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...