Ikuti Kami:

Mula Perjalanan Baru, Jennie BLACKPINK Buka Akaun YouTube Rasmi Buat Label ‘ODD ATELIER’

Mula Perjalanan Baru, Jennie BLACKPINK Buka Akaun YouTube Rasmi Buat Label ‘ODD ATELIER’

Perhatian tertumpu kepada Jennie BLACKPINK selepas dia membuka saluran YouTube rasmi untuk label barunya.

Pada 23 Januari, agensi yang ditubuhkan oleh Jennie iaitu ODD ATELIER telah membuka saluran YouTube rasmi mereka “OA ENTERTAINMENT”.

Sebelum ini, terdapat saluran YouTube yang berpura-pura menjadi label Jennie dan kekeliruan itu juga semakin bertambah apabila bilangan pengikut saluran tersebut melebihi 280,000.

Namun, selepas saluran rasmi “OA ENTERTAINMENT” dibuka, bilangan pengikut meningkat dengan pesat sehingga berjaya mencapai angka 50,000 pengikut hanya dalam masa 24 jam.

jennie youtube

Terlebih dahulu, Jennie telah mengumumkan penubuhan OA (ODD ATELIER) melalui akaun media sosialnya pada 24 Disember yang lalu, dan sekaligus mengisytiharkan perjalanan kerjaya solonya selepas keluar dari YG Entertainment.

Dalam masa yang sama, selepas mewujudkan agensinya sendiri, aktiviti solo Jennie telah berubah. Di mana, ahli BLACKPINK itu kini aktif membuat penampilan di beberapa buah rancangan.

Malah, penampilan pertamanya di kaca TV setelah keluar dari YG Entertainment juga turut mencipta rekod baru selepas ianya berjaya mencatatkan rating penonton tertinggi dalam sejarah rancangan itu.

Lepas ni boleh tonton video baru Jennie dengan lebih lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...