Ikuti Kami:

“Kaya Sebab BLACKPINK” – Datang Melawat Kafeteria, Skala Bangunan YG Dipuji Ahli ‘Hangout With Yoo’

“Kaya Sebab BLACKPINK” – Datang Melawat Kafeteria, Skala Bangunan YG Dipuji Ahli ‘Hangout With Yoo’

Nama BLACKPINK telah disebut di dalam episod terbaru rancangan “Hangout with Yoo” ketika ahli pergi melawat bangunan YG.

Baru-baru ini, ketika melawat bangunan YG Entertainment, ahli rancangan “Hangout With Yoo” telah mengeluarkan kenyataan yang menarik perhatian penonton.

Di mana setelah mereka memasuki bangunan itu, kesemua ahli telah meluahkan rasa kagum selepas melihat ibu pejabat baharu syarikat tersebut sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka bertanya,

Macam mana mereka boleh dapat banyak duit?

Soalannya itu telah dijawab dengan,

Sebab BLACKPINK!

Dalam masa yang sama, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, BLACKPINK adalah nama yang terlintas dalam fikiran ramai apabila bercakap mengenai artis yang ‘membawa YG’.

Kumpulan wanita itu dikenali dengan status luar biasa mereka di dalam industri K-Pop. Dalam masa yang sama, mereka turut menguasai sebanyak 85% daripada jumlah hasil pendapatan YG Entertainment.

Tidak ketinggalan, konsert jelajah dunia BORN PINK yang diadakan oleh BLACKPINK pada tahun lalu telah menjadi salah satu konsert terhangat dan berjaya mencapai keuntungan melebihi RM1.22 bilion untuk 66 buah persembahan.

Hebat kan BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...