Ikuti Kami:

Tajuk Lagu ‘Bocor’, Rosé BLACKPINK Dilapor Bakal Berkolaborasi Dengan Ariana Grande

Tajuk Lagu ‘Bocor’, Rosé BLACKPINK Dilapor Bakal Berkolaborasi Dengan Ariana Grande

Ariana Grande dikatakan bakal memasukkan lagu yang menampilkan Rosé BLACKPINK dalam albumnya yang akan datang.

Khabar angin mengenai kerjasama Rosé BLACKPINK dan Ariana Grande dikatakan mungkin akan berlaku selepas album penyanyi terkenal Amerika tersebut dijadualkan keluar pada 8 Mac ini.

Di mana, peminat di X (Twitter) telah menemui sebuah lagu bertajuk “Gloss” yang didakwa merupakan sebahagian daripada album baharu Ariana Grande yang menampilkan ahli BLACKPINK itu.

Tambahan pula, baru-baru ini Rosé telah menyukai hantaran Instagram Ariana Grande dan hubungan kedua-dua penyanyi ini telah bermula pada tahun 2019 selepas mereka berjumpa di Coachella.

Malah, Ariana Grande turut menghadiahkan ahli BLACKPINK tersebut minyak wangi dari jenamanya sendiri.

ariana rose

Rata-rata peminat sudah tidak sabar lagi untuk melihat sama ada spekulasi mengenai kolaborasi di antara Rosé dan Ariana Grande yang ditunggu sejak sekian lama ini bakal menjadi kenyataan atau tidak.

Mesti gempak kan kalau dua-dua penyanyi ni berkolaborasi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...